Singkir Shahidan tindakan terdesak, tak masuk akal

0
2

UMNO Padang Besar menyifatkan perlucutan jawatan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis merupakan agenda terdesak Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan pihaknya menolak keras perlantikan Datuk Azlan Man sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang baru.

“Kami menolak keras pelantikan Azlan. Langkah Ahmad Zahid melantik Azlan hanya bakal menjahanamkan Umno negeri. Kami Umno Padang Besar dan Arau menyatakan pendirian jelas menolak pelantikan Azlan.

“Buat apa hendak lantik pemimpin yang kawasannya kalah teruk dalam pilihan raya lalu. Kangar hanya menang dua kerusi DUN daripada lima selain kalah di Parlimen,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Untuk info, Perlis hanya memiliki tiga bahagian Umno iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar. Shahidan yang dipecat semalam merupakan Ketua Umno Bahagian Arau.

Sementara itu, menurut Utusan Malaysia, Azlan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahmad Zahid kerana memberi kepercayaan serta keyakinan kepadanya untuk meneraju Umno Perlis.

Azlan yang juga merupakan Menteri Besar Perlis, menyatakan kesediaan memikul amanah tersebut dengan sebaik-sebaiknya.

Katanya, dia akan mengadakan mesyuarat dengan jawatan kuasa perhubungan negeri serta tiga bahagian Umno Perlis dalam tempoh terdekat.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/24/shahidan-dilucutkan-jawatan-pengerusi-perhubungan-umno-perlis/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here