‘Scammer’ baju raya Caprice telah ditahan polis

0
1

PENYANYI rap, Caprice memaklumkan individu disyaki ‘scammer’ yang menipu menjual baju raya jenamanya kini telah ditahan.

Berita tersebut dikongsikan di laman Instagram miliknya, dan dia memaklumkan scammer bernama Muhammad Fazri itu ditahan orang awam di Johor semalam.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli berkata individu tersebut telah diserahkan kepada pihak polis malam tadi.

“Dua hari lepas kita beri ‘brader’ ini tempoh 24 jam untuk hubungi Caprice dan serahkan diri kepada polis. Orang paling rapat dengan dia WhatsApp Caprice cakap lelaki ini mahu serah diri.

“Tidak sampai 48 jam, brader ini curi (tipu) duit orang lain pula. Mangsa perasan muka dia sama dengan “scammer” baju raya Caprice dan terus hubungi Caprice tadi,” katanya.

Sementara itu, rakaman video pengakuan individu lelaki yang menipu orang ramai menjual baju raya jenama Caprice dan memohon maaf atas tindakan itu turut dimuat naik di Instagram.

Penyanyi berkenaan sebelum ini menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi scammer menjual baju raya miliknya.

Malah, katanya, kegiatan lelaki tersebut bukan hanya melibatkan penjualan baju raya, malah individu sama pernah menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini.

Caprice berkata, lelaki berkenaan menggunakan akaun Instagram @rindu_by_caprice untuk menipu mangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here