Annuar nafi wujud cubaan ‘langgar’ Presiden Umno

0
1

Nurul Huda Abhar

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan wujud cubaan menjatuhkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti yang tular di laman sosial, hari ini.

Annur berkata, dakwaan beliau cuba ‘melanggar’ Presiden Umno dalam perjumpaan rahsia semalam di sebuah hotel terletak di Hartamas, Kuala Lumpur adalah fitnah.

“Siapa dia Zack Rockstar ni.. nasihat saya di bulan Ramadan ini, tak usahlah buat fitnah. Bila pulak saya pergi Dorsett ,sedangkan saya dah seminggu dalam kuarantin.

“Apa faedah nak memfitnah. Apa yang dapat.. siapa saya nak ‘langgar’ Presiden konon.

“Wah, apa nak dibuat 24 haribulan (mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno) pun dia dah tahu. Buka pekong sendiri nampaknya. Silakan.

“Semoga Allah SWT beli petunjuk. Cukuplah menabur fitnah,” tulisnya di hantaran Facebook, sebentar tadi.

Annuar juga memuatnaik tangkap tayar ciapan di Twitter milik akaun bernama @zack_rockstar.

Menerusi tangkap layar tersebut, pemilik akaun tersebut mempersoalkan keberadaan Annuar di hotel Dorsett, Hartamas malam semalam.

“Malam tadi @AnnuarMusa dan rakan buat apa di Dorsett, Hartamas, tingkat 27? Dengar cerita ada plan hebat nak ‘langgar’ @DrZahidHamidi?

“Tanya je! Apa pun tunggu 24 hb ni ye,” tulisnya pemilik akaun Twitter itu.

Hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim telah dilucutkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis berkuatkuasa serta merta.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media juga mengumumkan pelantikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Umno Perlis yang baru.

Difahamkan, tindakan penukaran ini dipercayai ada kaitan dengan mesyuarat MKT Umno yang bakal diadakan esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here