Pelajar dikompaun dalam kolej, Dr Noor Hisham jamin siasatan segera

0
2

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan siasatan segera akan dijalankan susulan pelajar sebuah pusat Matrikulasi di Perak dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Dalam reaksi balasnya terhadap satu ciapan asal daripada seorang pengguna Twitter berhubung perkara tersebut, Dr Noor Hisham berkata, siasatan akan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-Allah,” ciapnya lewat malam tadi.

Terdahulu tular di media sosial, mendakwa terdapat pelajar di sebuah matrikulasi di Perak dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.

Tindakan terhadap pelajar itu menimbulkan kekesalan netizen memandangkan pelajar tersebut langsung tidak kemana-mana sejak semester dibuka lima bulan lalu.

Difahamkan, pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.

Pengguna Twitter, @NabilAmirul4 berkongsi perkara itu dan turut menyertakan gambar sambil mempersoalkan jumlah denda tersebut.

“Pelajar matrikulasi Perak kena kurung sepanjang semester tetapi KKM masuk kafe (di kolej) pergi kompaun RM1,500 dekat pelajar.

“Kami punya elaun selama enam bulan pun hanya RM1,250,” ciapnya.

Terdahulu Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan menyediakan bantuan guaman terhadap pelajar tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here