Kes SRC : Pendakwaan bersambung hari ke-10

0
1

PENDAKWAAN terus berhujah dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd (SRC) yang membabitkan penyewelengan dana RM42 juta melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dalam bagi pendengaran kes rayuan yang masuk hari ke-10 hari ini.

Difahamkan, Najib tiba 10 minit lebih awal seperti kebiasaannya di perkarangan mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram semalam berhujah Najib telah ‘mencuci tangan’ dalam isu SRC, malah tidak ada bukti menunjukan perayu (Najib) mengambil tindakan bagi melindungi syarikat itu.

Ini kerana walaupun berbilion ringgit telah disalurkan kepada syarikat itu oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), beliau tidak berbuat apa-apa, sebaliknya menyerahkan semua perkara kepada Lembaga Pengarah (BOD).

Pada 28 Julai tahun lepas, Najib didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/14/src-international-rm42-juta-macam-kacang-je-bagi-najib-pendakwa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here