KJ turun padang buat hebahan pendaftaran Covid-19

0
1

KERAJAAN terus mempertingkatkan kempen pendaftaran vaksin Covid-19 dalam kalangan rakyat bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.  

Bagi usaha itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sendiri turun padang hari ini bagi membuat hebahan dan membantu rakyat mendaftar penerimaan vaksin Covid-19.  

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK, membuat hebahan melalui pembesar suara dengan menaiki kenderaan memasuki kawasan kediaman penduduk.  

“Vaksin Covid-19 adalah selamat..vaksin Covid-19 adalah berkesan..vaksin Covid-19 boleh melindungi kita dan keluarga kita daripada penyakit Covid-19. 

“Sila daftarkan diri anda dan keluarga anda yang berusia 18 tahun ke atas untuk vaksin Covid-19. Sekarang kita akan bermula fasa kedua PICK.  

“Fasa kedua adalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas golongan Orang Kurang Upaya (OKU),” antara hebahan dibuat beliau dalam kempen pendaftaran Covid-19 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Perlis 2 dan PPR Sungai Bonus bersama Jabatan Penerangan Kuala Lumpur hari ini.  

Khairy turut berkongsi gambar aktiviti kempen pendaftaran vaksin berkenaan dan mengulang ciap rakaman gelagatnya membuat hebahan berkenaan di laman Twitternya.  

Dalam rakaman itu beliau turut menerangkan bagaimana orang ramai boleh mendaftar melalui beberapa kaedah.  

“Pendaftaran vaksin Covid-19 untuk orang ramai boleh dibuat menerusi kaedah aplikasi MySejahtera, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, talian hot line 180088828, pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta yang terdekat dengan anda.  

“Melalui program bantuan bagi kawasan pedalaman termasuk warga emas dan OKU, pendaftaran dengan kerjasama ketua-ketua komuniti yang membantu individu tiada kemudahan telefon pintar dengan membuat pendaftaran melalui  laman sesawang, talian hot line atau mengisi borang pendaftaran PICK. Ayuh daftarkan diri anda,” katanya. 

Ahli Parlimen Rembau itu turut dilihat membantu beberapa masyarakat di kawsan berkenaan mendaftar dengan menggunakan telefon pintar dan borang pendaftaran. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here