Serbuan Op Pelican 3.0 ikut SOP – Ayob Khan

0
1
ayob khan polis johor official

SERBUAN dan pengeledahan yang dilakukan polis menerusi Op Pelican 3.0 di Trigon Residence Setiawalk, Puchong, Selangor pada Mac lalu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan undang-undang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata beliau membuat kenyataan media hari ini bagi menjawab kepada luahan penduduk Trigon Residence Setiawalk, Puchong berkaitan kerosakan semasa serbuan 20 Mac lalu.

Menurutnya, sebanyak 45 daripada 70 serbuan yang dilaksanakan melibatkan unit kondominium di Trigon Residence dan dalam serbuan itu beberapa unit kondominium telah dimasuki dengan memecahkan tombol pintu dan geledah.

“Pengeledahan dan risikan itu kerana mensyaki suspek bersembunyi dan dokumen atau harta-harta terlibat juga disimpan dan disembunyikan di situ.

“Pada 20 dan 21 Mac lalu, Task Force Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor yang disertai 220 orang pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan termasuk Pasukan Gerakan Khas AM (PGA) Batalion 4,Cheras telah menjalankan operasi Khas iaitu OPS Pelicin 3.0 sekitar Selangor dan Lembah Klang.

“Operasi itu bertujuan mengesan anggota dan ketua kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ yang diketuai seorang lelaki Cina tempatan bernama Datuk Seri Nicky Liow Woon Hee,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, kira-kira 10 pemilik kediaman meluahkan rasa terkilan dengan tindakan polis yang didakwa telah merosakkan pintu kediaman mereka dalam operasi memberkas ahli perniagaan terbabit.

Salah seorang pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy berkata, dia berasa kecewa apabila dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan sehari selepas serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, sepatutnya pihak berkuasa memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik atau penyewa agar sebarang kerosakan dapat dielakkan. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here