Guandee Kohoi bakal dilantik timbalan menteri pelancongan baharu

0
1
guandee kohoi

SETIAUSAHA Agung Parti Solidariti Tanahairku (Star) Sabah, Senator Datuk Guandee Kohoi dijadual mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini.

Guandee dilantik menjadi Senator pada 16 Disember lalu.

Memetik laporan Bernama, majlis angkat sumpah itu akan berlangsung pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Jawatan Timbalan Menteri MOTAC sebelum ini disandang Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan namun beliau meletak jawatan pada September tahun lalu apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai Kabinet yang besar iaitu seramai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here