KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 138.6 juta manakala kematian melebihi 2.97 juta kes, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.
Data itu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.47 juta kes, diikuti Brazil merekodkan 14.07 juta kes dan India iaitu 13.67 juta kes.
Negara yang melebihi angka lima juta kes adalah Perancis dan Rusia serta United Kingdom pula melebihi empat juta.
Itali, Turki, Sepanyol dan Jerman pula melebihi tiga juta disusuli Poland, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif adalah Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia, Kanada dan Belanda.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan iaitu melebihi 2.97 juta kes.
AS turut mengekalkan rekod jumlah kematian tertinggi dengan lebih 565,000 kes, diikuti Brazil lebih 361,000 kes dan Mexico lebih 210,000 kes.
India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. – Malaysiapost

