Kit Siang umum bertanding pemilihan DAP lagi

0
2

TOKOH veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sekali lagi yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam parti itu.

“Saya tidak menyasarkan apa-apa kedudukan penting dan saya bersedia untuk dikalahkan dalam pemilihan parti yang saya telah dedikasikan selama 55 tahun hidup saya untuk mengejar impian Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang kini berusia 80 tahun membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung DAP dari tahun 1969 hingga 1999 dan selepas Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua.

Bagaimanapun, beliau menolak pelantikan selepas PRU pada 2004. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here