Tun M akui ingin sertai PN jika tiada Umno

0
2

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat usaha menarik beliau menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN). 
Ahli Parlimen Langkawi itu mendedahkan usaha itu bagaimanapun tidak berjaya kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang menyokong kerajaan sekarang. 
Namun mengakui keadaan itu mungkin berbeza jika individu berkenaan berada di luar PN. 
“Bukan saja masa tu (Langkah Sheraton), sekarang pun ada usaha nak tarik saya masuk. Saya tak boleh. 
“Saya buat ucapan janji dengan orang kita nak tolak Najib (Razak), saya tak boleh kerjasama dengan Najib. Parti (Umno) sekarang ni kalau tak ada Najib dan empat, lima orang lagi kluster mahkamah tu, jatuh.  
“Dia orang bergantung kepada bukan Melayu, kedua penjenayah. Saya tidak boleh dikaitkan dengannya,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.  
Beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain, termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang kini menghadapi tuduhan di mahkamah. 
Dr Mahathir turut ditanya apakah dia sedia bekerjasama dengan PN jika individu terbabit tidak berada lagi dalam gabungan itu. 
“Ya, kalau dia orang tak ada. Tak apalah orang Umno boleh sertai Bersatu. Tak payah Umno lagi pasal Umno dapat nama buruk. 
“Najib is the killer of Umno, Najib destroyed Umno. (Najib adalah pembunuh Umno. Najib menghancurkan Umno). 
“Bapa dia tubuh, dia yang ‘destroy’. Dia sama sekali tidak malu kerana memusnahkan warisan bapanya” katanya.- Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here