Uniqlo tampil koleksi raya dengan motif batik

0
2

SEBAGAI simbolik kedatangan Ramadan dan Aidilfitri, jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo melancarkan koleksi raya untuk digayakan sempena perayaan yang disambut meriah seluruh negara.

Bertemakan ‘bersyukur setiap momen, sesuai setiap acara’, koleksi raya tahun ini dihasilkan daripada pelbagai jenis kain berkualiti termasuk fabrik kapas rayon dan jersi yang memberi keselesaan serta mempunyai ciri-ciri elegan tersendiri.

Hadir dalam pelbagai pilihan untuk lelaki dan wanita, koleksi raya Uniqlo tersedia di semua butik jualan seluruh negara dan boleh didapati menerusi laman web rasmi Uniqlo.com.

Penampilan koleksi lelaki termasuk ‘Baju Melayu Dry Easy Care’, dengan dua variasi iaitu berkolar atau tanpa kolar dan bermotifkan corak batik.

Koleksi baju melayu lelaki

Koleksi baju Melayu itu diperbuat daripada fabrik jersi lembut memberikan keselesaan serta padanan yang rata untuk memberikan anda imej tinggi dan ramping.

Ia juga dapat mengeringkan peluh dengan cepat, selesa, mudah kering dan tidak mudah berkedut.

Keistimewaan mengenai baju melayu motif batik kali ini, ia dihasilkan dengan kain kapas halus, yang dicuci terlebih dahulu dan diberus untuk memberi efek lembut dan elegan.

Menampilkan pelbagai motif dan warna yang menakjubkan, baju Melayu ini dapat digandingkan dengan seluar panjang ultra ringan untuk penampilan santai dan bergaya.

Sementara itu, Uniqlo juga menawarkan pilihan batik dalam koleksi wanita. Menggabungkan baju lengan panjang dan skirt labuh dalam corak yang menarik, ia hadir pelbagai warna yang cocok untuk melengkapkan lagi penampilan di Hari Raya.

Koleksi wanita juga bermotifkan batik

Bagi koleksi wanita juga menggunakan kain jenis rayon tunic dengan rekaan halus untuk memberikan keselesaan dan menonjolkan lagi ciri-ciri feminin dan elegan si pemakai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here