‘Saya tidak mempunyai kawalan ke atas baju yang dia pilih’ – KJ

0
1

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menjelaskan lelaki yang tular memakai baju sebuah parti politik ketika menerima suntikan vaksin Covid-19, adalah kakitangan pejabat kesihatan.

Penjelasan Khairy itu susulan foto yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai kemeja ‘Pemuda Nasional’ menerima suntikan berkenaan, sekali gus mengundang kecaman netizen.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, berkata siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati lelaki terbabit bekerja di Pejabat Kesihatan Lembah Pantai.

Khairy berkata, beliau tidak mempunyai hak untuk menentukan pakaian individu yang menerima suntikan.

“Saya telah melihat kes lelaki ini. Dia bekerja di Pejabat Kesihatan Lembah Pantai.

“Walaupun di admin, dia masih layak. Seperti kakitangan pentadbir lain di klinik atau hospital.

“Saya tidak mempunyai kawalan ke atas baju yang dia pilih,” katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, tinjauan Malaysiapost di Facebook Pratap Ravichandran yang merupakan Koordinator Media Pemuda Negara mendapati foto itu sudah dipadam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here