Sumbangan wakaf tunai: Potong gaji menteri, Ahli Parlimen – Wira Putra

0
1

WIRA Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membantah jika wujud unsur paksaan terhadap penjawat awam berhubung cadangan pemotongan gaji untuk sumbangan wakaf tunai secara berkala.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata ia tidak harus berlaku ketika rakyat dihimpit masalah ekonomi dan sewajarnya pemotongan itu digalakkan bagi golongan T20 iaitu berpendapatan tinggi.

Berikutan itu beliau berkata Wira PUTRA mendesak agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera memotong dan “mewakafkan sebahagian gaji” menteri, timbalan menteri dan jawatan bertaraf menteri.

“Dari awal proklamasi darurat yang diumumkan, Wira PUTRA telah menegaskan agar pemotongan gaji terutama kepada kementerian yang kurang berfungsi dan tiada keperluan dilaksanakan.

“Wira PUTRA juga melihat, tiada keperluan untuk kerajaan terus mengekalkan, anggota Kabinet sehingga 72 orang dengan bayaran gaji menteri sahaja, tidak termasuk timbalan menteri dan pengerusi agensi dianggar lebih RM1.9juta sebulan. Ini pembaziran wang rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Nasrul Ali berkata pihaknya turut menggesa agar segala gaji, elaun dan peruntukan Ahli Parlimen digantung sementara kerana Parlimen masih lagi belum bersidang.

“Maka tidak ada keperluan bagi pembayaran gaji dan elaun tetapi Parlimen tidak dibuka bagi Ahli Parlimen melaksanakan amanah, membincangkan segala hal-hal kepentingan dan keperluan rakyat, serta menambahbaik, atau menggubal dasar dan undang-undang semasa.

“Selain itu, status maklumat terkini kerja-kerja pembangunan, menaiktaraf dan pembaikan di kawasan diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat juga tida perkhabaran kerana Parlimen tidak bersidang,” katanya.

Katanya lagi, Wira PUTRA juga menyarankan agar semua projek mega dan berskala besar yang tiada keperluan utama ditangguhkan dahulu, bagi memberi keutamaan kepada perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Baru-baru ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkata melalui potongan gaji.

Beliau berkata, tindakan itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here