Kes Covid-19 melambung tinggi, cecah angka dua ribu hari ini

0
1
covid pkp

JUMLAH kes baharu Covid-19 melambung ke angka dua ribu, dengan 2,148 jangkitan baharu direkodkan hari ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan tinggi kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 367, 977.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Sarawak masih kekal menjadi negeri tertinggi kes baharu Covid-19 dengan 512 kes.

Manakala, rekod peningkatan kes di Kelantan masih membimbangkan dengan 221 kes dicatatkan hari ini.

Ia diikuti Selangor (459), Sabah (202), Johor (182), Kuala Lumpur (171), Pulau Pinang (134), Terengganu (57), Melaka (53).

Di Perak (51), Pahang (34), Kedah (26), Negeri Sembilan (34), Putrajaya (8), Labuan (3) dan Perlis (1). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here