MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pergerakan merentas negeri di seluruh negara masih tidak dibenarkan.
Serentak itu beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak serta Kuala Lumpur dilanjutkan lagi sehingga 28 April ini.
Dalam sidang media hari ini beliau memaklumkan PKPB di Sarawak pula akan bermula esok dan hingga 26 April.
Sementara itu 10 negeri masih lagi dalam status perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan yang berkuatkuasa 15 April sehibgga 28 April.
Pada masa sama, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mematuhi segala SOP sepanjang Ramadan ini.
“Tahun ini tahun kedua Ramadan disambut dalm suasana masih dibayangi penularan Covid-19.
“Namun sedikit berbesa dengan tahun lalu, kelonggaran oleh kerajaan dalam aktiviti seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, solat terawih dan pelbagai lagi.
“Jika tahun lalu kita tak dibenarkan, tapi tahun ini kita benarkan dengan SOP yang ketat. Kita tak boleh leka kerana Covid-19 tidak pernah bercuti,” katanya. – Malaysiapost

