Chef Wan terkilan Serina lebih pentingkan hati suami, mertua

0
1

NAMPAKNYA pergeseran antara chef selebriti, Datuk Chef Wan dengan anaknya Serina Redzuaman masih berpanjangan selepas dikatakan pelakon itu didakwa kahwin kali kedua tanpa pengetahuan bapanya.

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram (IG) nya, Chef Wan menyuarakan rasa terkilan apabila Serina memberitahu dirinya telah dimalukan susulan beberapa kenyataan yang timbul sebelum ini.

“Anak saya cakap kenapa saya aibkan mereka. Dia kata suaminya akan kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja. Juga katanya malu kepada mentua sebab isu ini.

“Bukan dia ingat hati bapa dia ini yang ditipu oleh mereka. Kita mendapat malu. Netizen tak tahu hujung pangkal pula maki hamun tak tentu fasal dan semua kawan mereka menyebelahi perbuatan mereka,” katanya dalam hantaran itu, hari ini.

Chef Wan juga menyuarakan rasa kesal mengapa Serina tidak berfikir panjang sebelum mengambil keputusan seperti itu.

Malah, chef selebriti itu berkata semakin lama banyak rahsia akan terbongkar.

“Semalam isteri tua mengaku mereka kahwin sebelum dia diceraikan. Kantoi lagi. Biarlah orang tahu cerita sejujur-jujurnya agar bapa kau ini tak jadi mangsa dimaki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina. Dia lebih pentingkan hati dia, suami dan mentua,” katanya.

Beliau juga memuat naik gambar dirinya sedang memdapatkan rawatan doktor dan memberitahu kini sudah berhenti membaca komen-komen netizen di media sosial.

“Hati saya berdegup kencang dua malam yang lalu. Saya cakap kepada diri bahawa saya akan mengalami serangan jantung kerana saya merasa tercekik. Saya berhenti membaca semua komen di IG.

“Saya telan pil tidur untuk menutup minda dan hati saya yang tertekan dari semua masalah ini. Hari ini saya dapatkan pemeriksaan tahunan di hospital dan membuat ujian saringan Covid-19 kali ketiga,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu penikahan Serina dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin menjadi tumpuan media.

Ini berikutan, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dan terkejut pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya. Ujarnya, lebih kecewa anaknya sudah lama berkahwin di Thailand.

Semalam, bekas isteri Aidid dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee mendakwa mereka masih lagi suami isteri ketika Serina dan Aidid mendirikan rumah tangga. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CNjSooPAmLP/?utm_source=ig_web_copy_link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here