Anwar sindir Azmin pandai tentang video, audio

0
1

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyifatkan bekas Timbalan Presiden PKR itu sememangnya seorang pakar mengenai video dan audio.

“Tak apalah, itu pandangan dia. Berkenaan dengan video dan audio ini, dia memang pandai. Kenyataan saya ringkas tetapi maknanya mendalam,” kata Anwar dalam sidang media hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang memberi reaksi demikian susulan dakwaan Mohamed Azmin berkaitan isu perbualan audio yang tular minggu lalu adalah tulen.

Audio perbualan yang berdurasi empat minit itu dikatakan mirip suara Anwar dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan yakin bahawa rakaman audio didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid yang tular baru-baru ini adalah sahih.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan terbesar khususnya dilakukan oleh Anwar jika audio tersebut dibuktikan benar.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar menafikan bahawa suara dalam audio itu milik mereka.

Malah, Ahmad Zahid mendakwa itu adalah taktik politik kotor oleh musuh Umno yang ingin melihat Umno retak. – Malaysiapost.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/11/anwar-zahid-rakaman-audio-sahih-azmin-ali/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here