Polis siasat terhadap suami Serina

0
1

POLIS membuka kertas siasatan terhadap suami kepada pelakon Serina Redzuawan, seorang pegawai polis yang gagal memohon untuk berkahwin kali kedua.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menyerahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan pegawai itu sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

“Pada mulanya memang beliau bertugas di sini (Ipoh) sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis sejak 2019 lagi.

“Jadi, kita serah siasatan kepada JIPS kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis,” katanya kepada sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, yang dipetik Harian Metro hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, JIPS Perlis ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung isu pegawai polis terbabit.

“Saya difahamkan satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak Cef Wan dan siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis.

“Difahamkan perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis. Lazimnya kalau tidak meminta kebenaran, kita akan ambil tindakan tatatertib melalui jabatan, tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, polis tidak mahu mengulas panjang kerana siasatan masih dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan Serina, 39, anak kepada cef selebriti Redzuawan atau Cef Wan mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman sosial Instagram (IG).

Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di sebuah negeri di utara tanah air.

Cef Wan yang hampa kerana hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, dan mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.

Serina bagaimanapun menafikan mereka bernikah di negara jiran, sebaliknya majlis dijalankan di Perlis dan menafikan suaminya bukan status suami orang, sebaliknya adalah seorang duda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here