Singapura lancar kempen ‘Cahaya Ramadan’ di Kampung Gelam

0
1

SEMPENA menyambut kedatangan bulan mulia, Kampung Gelam di Singapura mula bersinar menerusi kempen ‘Cahaya Ramadan’ yang dilancarkan di kawasan tersebut bermula semalam.

Kempen ‘Cahaya Ramadan’ itu anjuran One Kampong Gelam (OKG) akan berlangsung sehingga 17 Mei depan, lapor Berita Harian Singapura.

Menurut OKG dalam satu kenyataan, ia merupakan kempen Ramadan pertama di kawasan itu dalam masa lebih sedekad.

Lebih menarik, kempen tersebut disokong Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), bertujuan meningkatkan bilangan pengunjung ke kawasan bersejarah itu.

Sementara itu, antara tarikan utama yang ditonjol dalam kempen itu adalah pameran lampu diberi nama Cahaya Gelam, yang dipaparkan ke bangunan Masjid Sultan.

Pelancaran kempen ‘Cahaya Ramadan’ semalam dihadiri Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee; Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/04/10/menjelang-ramadan-jualan-songkok-mula-laris/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here