Putera Philip dikebumikan 17 April ini

0
2

UPACARA pengkebumian Putera Philip akan diadakan pada 17 April ini.

Memetik RNZ portal, pengumuman berkenaan dibuat Istana Buckingham yang memaklumkan persediaan majlis itu akan mengikut garis panduan peraturan kesihatan Covid-19.

“Philip akan disemadikan mengikut upacara pengkebumian diraja.

“Tiada acara pengkebumian negara atau diberi penghormatan awam kerana majlis tersebut akan berlangsung di perkarangan Istana Windsor yang cuma dihadiri 30 individu,” katanya.

Jurucakap istana tersebut turut menyatakan majlis tersebut turut akan memperingati jasa dan sumbangan Duke of Edinburgh sepanjang hayat dan pemerintahannya selama lebih 70 tahun bersama baginda ratu.

“Pengkebumian itu akan diadakan di Gereja Kecil St George dengan didahului upacara bertafakur selama seminit di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Putera Philip yang merupakan suami kepada pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 99 tahun di Istana Windsor pada Jumaat lalu.- Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here