BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 baru-baru ini adalah paling teruk dalam sejarah parti itu.
Annuar berkata, perkara itu terbukti selepas rakaman audio didakwa perbualan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbongkar.
“Betapa tidaknya, tak sampai 24 jam kemudiannya, tersebar rakaman perbualan (Anwar dan Zahid)… rupanya ada guru di luar yang coaching (mengawal) PAU.
“Perwakilan semua kena jual.. apa yg di sendiwarakan dalam PAU hanya taktikal.
“Usul yang diluluskan kini boleh dipertikaikan kerana ia disokong berdasarkan fakta yang dikemukakan,” katanya menerusi Facebook.
Tambahnya, sekarang ini ternyata fakta itu mengelirukan dan sokongan yang diberikan adalah terbatal. -Malaysiapost
Artikel berkaitan

