60 Penduduk Padang Terap terima bantuan rumah

0
2

IMPIAN mendiami rumah yang lebih selesa menjadi kenyataan bagi 60 penduduk di kawasan Parlimen Padang Terap.

Mereka antara penduduk yang terpilih menerima bantuan perumahan di bawah inisiatif Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid projek bantuan perumahan itu dibina dengan kos RM9.5 juta.

“Bantuan perumahan ini saya fikir amat bermakna buat penduduk khususnya golongan kurang mampu untuk memiliki kediaman yang selesa. Kerajaan memang sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk melihat rakyat hidup dalam suasana selesa dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika kunci rumah kepada 60 penduduk perumahan Taman Desa Pudina, Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kubang Kenyeng, Padang Terap hari ni.

Tambah Mahdzir, projek perumahan itu dilaksanakan pada tahun 2017 dan kini sedia untuk didiami oleh penduduk yang terpilih.

“Syukur projek bantuan perumahan ini disiapkan tepat pada masanya lebih-lebih lagi mereka yang menerima sumbangan rumah ini dapat mendudukinya sebelum tiba Ramadan dan Aidilfitri,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here