AMBULANS yang membawa pesakit dipercayai positif Covid-19 terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat berdekatan Plaza Tol Utara, Jalan Langgar, Alor Setar hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ambulans terbabit membawa pesakit yang disyaki positif Covid-19 dari Baling ke Hospital Lama.
Beliau berkata, dalam ambulans tersebut terdapat empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang pesakit wanita berusia 70-an yang disyaki positif Covid-19.
“Bagaimanapun, pihak KKM kemudiannya menguruskan pesakit Covid-19 dan kakitangannya yang terbabit dalam kemalangan di lokasi.
“Mangsa lelaki dan wanita yang menaiki MPV kemudiannya dibawa ke hospital.
“Laluan ke Jalan Sultanah dilencongkan kerana ambulans terbabit menghalang laluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

