Presiden Umno nafi wujud perbualan dengan Anwar, rancang strategi politik

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Nurul Huda Abhar

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud perbualan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dalam audio rakaman yang tular di media sosial, hari ini.

Malah, Ahmad Zahid menegaskan tiada sebarang antara perbualan antaranya dengan Presiden PKR itu selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 baru-baru ini.

“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas PAU baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, dakwaan mengenai perbualannya bersama Anwar merupakan satu percaturan politik jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno.

Katanya, beliau percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti itu akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan Umno.

“Sebagai Presiden Umno, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan PAU.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” kata beliau.

Hari ini, tular satu klip audio perbualan didakwa antara Anwar dan Ahmad Zahid sedang berbincang strategi politik semasa PAU baru-baru ini.

Perbualan dipercayai antara Presiden PKR dan Presiden Umno itu sangat mesra dan kedua-duanya saling bertukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan semasa PAU berlangsung.

Klip audio tersebut berdurasi 4 minit lebih.

“Saya dah 22 tahun baru saya follow (mengikuti) Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa semasa awal perbualan.

Ahmad Zahid kemudiaan menjelaskan kepada Anwar tentang ucapannya semasa PAU itu adalah sebahagian daripada strategi, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan: “No Anwar, No DAP, No Bersatu” dalam ucapan dasarnya semasa PAU. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/anwar-zahid-bincang-strategi-politik-semasa-pau/

Malaysiapost (https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/anwar-zahid-bincang-strategi-politik-semasa-pau/)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here