Kerja stabilkan sistem agihan bekalan air sedang dijalankan – Air Selangor

0
1
air selangor

AIR Selangor masih menjalankan kerja-kerja untuk menstabilkan sistem bekalan air di Kuala Lumpur dan Gombak yang terganggu sejak semalam.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga jam 6 pagi tadi, masih tiada kawasan di dua wilayah tersebut yang pulih sepenuhnya.

“Sehingga jam 6 pagi hari ini, Air Selangor masih di dalam proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air. Berikutan itu, masih tiada kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak yang pulih sepenuhnya.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi,” kata kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju telah siap dilaksanakan pada jam 9 malam semalam mengikut jadual.

Katanya, Air Selangor kini sedang menstabilkan sistem loji rawatan air terlebih dahulu sebelum bekalan air boleh disalurkan kepada pengguna.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat-peringkat dan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/30/air-selangor-kerah-15-lori-tangki-air-ke-kawasan-terjejas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here