Netizen terhibur aksi Wany Hasrita pandu lori

0
1

SIAPA sangka disebalik gaya lemah lembut penyanyi Wany Hasrita, boleh juga memandu kenderaan berat seperti lori.

Wany, 29, memuat naik video di laman Twitter menunjukkan kebolehannya memandu lori, dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat.

Lebih mencuit hati, kapsyen Wany meminta peminat mengundinya.

Mungkin kenyataan pelantun lagu ‘Rintihan Rindu’ itu oleh kerana netizen kerap kali menyamakan wajahnya mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman atau mesra disapa YB Rara.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle (uruskan), inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” ciapnya semalam.

Rata-rata peminat terhibur dengan kapsyen yang ditulis, dan ada juga yang berkata terkeliru antara wajahnya dan Rara. – Malaysiapost

Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya.

Originally tweeted by Wany Hasrita (@wanyhasrita_) on 2021-04-06.

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/11/26/wany-hasrita-jawab-persoalan-pakai-gelang-merah-jambu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here