Hampir 3 juta kematian akibat Covid seluruh dunia

0
2

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi jumlah 131 juta manakala kes kematian melebihi 2.85 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.70 juta kes.

Ia diikuti Brazil dan India iaitu 12.95 juta kes dan 12.48 juta kes.

Manakala Perancis, Rusia dan United Kingdom, mencatatkan melebihi angka empat juta kes

Itali, Turki dan Sepanyol pula melebihi tiga juta kes positif.

Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.

Iran, Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia dan Kanada pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 global turut mencatatkan peningkatan menjadikan kes kematian kini melebihi 2.85 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 554,000 kes.

Ia diikuti Brazil dengan lebih 330,000 kes dan Mexico lebih 204,000 kes.

India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here