11 juta data pengguna Facebook Malaysia berisiko

0
2

PELANGGARAN keselamatan Facebook didakwa mendedahkan maklumat peribadi lebih 11 juta akaun pengguna di Malaysia.

Menurut laporan soyacincau.com, Facebook mempermudahkan individu menghubungkan akaun mereka secara automatik ke ciri, laman web, dan aplikasi lain.

Bagaimanapun, peringatan bagi semua pengguna untuk memeriksa jenis data peribadi yang telah anda tambahkan di platform yang digunakan secara meluas itu kerana syarikat pengasas keselamatan siber Israel Hudson Rock, iaitu Alon Gal telah mengetengahkan pangkalan data yang bocor, mengandungi data dari 533,000,000 pengguna Facebook.

Maklumat yang dikeluarkan merangkumi jumlah mangsa yang terlibat iaitu lebih dari 100 negara.

Ini termasuk Malaysia dengan lebih dari 11 juta rakyat Malaysia (secara tepatnya 11,675,894 juta rakyat Malaysia) data mereka bocor.

Data yang dibocorkan termasuk nama, nombor telefon bimbit, e-mel, jantina, pekerjaan, bandar, negara, status perkahwinan, dan lain-lain.

“Ini bermakna bahawa jika anda mempunyai akaun Facebook, kemungkinan besar nombor telefon yang digunakan untuk akaun itu bocor. Saya belum melihat Facebook mengakui pengabaian mutlak terhadap data anda,” kata seorang pengguna di Twitter.

Namun, Pengarah Komunikasi Respons Strategik untuk Facebook Liz Bourgeois telah menjawab di Twitter bahawa itu adalah data lama yang sebelumnya dilaporkan pada tahun 2019 dan bahawa mereka telah menemui dan memperbaiki masalah ini pada bulan Ogos 2019. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here