SEBANYAK 1,070 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 327 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Selangor, dua negeri lain mencatatkan kes tiga angka iaitu Sarawak (225) dan Pulau Pinang (133).
Katanya, negeri yang mencatatkan kes baharu dua angka ialah Kuala Lumpur iaitu 88 kes, Sabah (65); Johor (55); Pahang (37); Kedah (34); Kelantan (31); Labuan (17) dan Negeri Sembilan (12).
“Tiga negeri pula mencatatkan kes satu angka iaitu masing-masing lapan kes dilaporkan di Perak dan Putrajaya. Manakala Perlis mencatatkan tiga kes baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Untuk rekod, kes yang dilaporkan hari ini adalah antara terendah pernah sejak awal Januari lalu. Sebelum ini negara merekodkan 1,063 kes baharu positif Covid-19 pada 16 Mac lalu.
Jumlah kumulatif kes kini mencecah 352,029 kes. – Malaysiapost

