PERAK muncul negeri paling tinggi mencatatkan jangkitan harian Covid-19 iaitu 494 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, Selangor kedua tertinggi kes baharu harian iaitu sebanyak 352 dan diikuti Sarawak dengan 290 kes.
KKM juga melaporkan sebanyak 1,638 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian berbanding 1,449 pesakit pulih.
Ini menjadikan 333,892 kes sembuh daripada 349,610 kes Covid-19 yang dilaporkan dan 1,286 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,432 kes aktif dengan 81 daripada 167 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
Berita selanjutnya menyusul

