2 kampung PKPD di Sarawak mulai esok

0
1
meru pkp covid dawai

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kampung di Sarawak bermula esok hingga 17 April ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Binyu Baru di Samarahan mencatatkan empat kes positif hasil saringan ke atas 11 orang, manakala Kampung Binyu Lama di Kuching melaporkan 57 kes positif pada 1 April lalu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, enam ditahan kerana melanggar SOP PKP, dengan lima daripadanya dikompaun dan seorang lagi direman.

Seorang pendatang asing tanpa izin dan lima penyeludup ditahan serta tiga kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Beliau berkata, seramai 162,471 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai tahun hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 74 hotel dan lapan institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,047 individu dikuarantin dan
154,194 orang dibenarkan pulang, manakala 1,230 lagi dibawa ke hospital,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here