PAS Kelantan usaha damaikan Umno-Bersatu

0
1
grafik

PAS Kelantan akan terus berusaha ke arah perdamaian antara Umno dengan Bersatu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Ahmad Yakob, berkata, ia selaras dengan pendirian parti seperti yang ditegaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita mengikut pendirian yang ditetapkan oleh presiden kita. Kita tetap mengusahakan perdamaian,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Ulangtahun Radio Televisyen Malaysia ke-75 di Kota Bharu di Kelantan, hari ini.

Ketika ditanya mengenai pendirian PAS Kelantan selepas Umno membuat keputusan secara rasmi tidak akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umu (PRU) ke-15.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pada masa ini adalah penting untuk semua pihak menumpukan usaha membina semula negara.

“Ini untuk kebaikan ummah, perpaduan, kerjasama, toleransi, khususnya hari ini kita sedang menghadapi pandemik.

“Kita berilah keutamaan untuk menyelesaikan masalah Covid-19 ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here