Ebit bina ‘kitchen soup’ untuk anak yatim Afrika Selatan

0
1

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew hari ini menzahirkan rasa syukur apabila perancangannya bagi membina tempat penyediaan makanan untuk 200 anak-anak yatim di Lindelani, Afrika Selatan akhirnya tercapai.

Ebit yang berada di Afrika Selatan bagi menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan menjelaskan, beliau telah membeli sebuah kontena untuk dijadikan tempat memasak.

Jelas Ebit, kerana kemiskinan kanak-kanak di negara itu sering berlapar kerana jarang mendapat makanan.

Justeru, katanya, pembinaan ‘kitchen soup’ itu sekali gus memudahkan mereka mendapat makanan percuma.

“Doakan ya. Syukur dah siap ‘kitchen soup’ makanan free untuk 200 anak ini setiap hari.

“Mereka tak perlu berlapar lagi. Syukur Alhamdulillah dapat beli kontena dan beli dapur, gas, peti ais dan persiapan lain.

“Ada empat orang akan masak setiap hari makanan untuk 200 orang. Terutama anak ini semua,” katanya menerusi Facebook.

Jelas Ebit, selama tiga hari di daerah itu, pihaknya telah memasak dan mengedar makanan kepada anak-anak yatim.

“Mereka selalu lapar. Jarang makan. Beratur panjang. Dah tiga hari kami mulakan masak untuk mereka.

“Cara mereka menghargai makanan buat rasa sebak sangat. Cara mereka berterima kasih. Menangis kakak tukang masak di sini kerana kegembiraan (dapur sup) anak ini buat mereka menangis.

“Rumah mereka kecil jer. Ramai juga anak yatim. Doakan ya. semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Pada 21 Mac lalu, Ebit berangkat ke Afrika bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook mliknya, Ebit memberitahu beliau berangkat ke negara itu bersama-sama kumpulannya.

Pengasas Elews Mart itu memohon agar mendoakan misi bantuan yang dilakukannya itu.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/21/ebit-lew-berangkat-ke-afrika-jalani-misi-kemanusiaan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here