SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal bagi membantu perbicaraan di mahkamah rayuan melibatkan kes SPRM.

Menurut SPRM menerusi kenyataan kenyataan hari ini, lelaki tersebut, Lady Johari Idris, 58, pemegang kad pengenalan 630707 10-7351 dan mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Semarak 5, Taman Semarak Sungai Chua, Kajang.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Wan Siti Zaharah Wan Jaafar di talian 018-663 5354 / 03 9206 1209 atau emel ke alamat wszaharah@sprm gov my,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

