Neelofa ke Langkawi atas lawatan kerja – Chatime

0
1

PRODUK makanan dan minuman Chatime Malaysia mengesahkan selebriti popular Neelofa dan suaminya PU Riz datang ke Langkawi atas lawatan kerja bagi cawangan di zon Utara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Aliza Ali berkata, Neelofa dan suami sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu.

“Lawatan ini juga membabitkan beberapa kakitangan dan bahagian operasi serta pengurusan Chatime Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Aliza berkata, lawatan itu juga melibatkan beberapa kakitangan dari bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.

Ujarnya lagi, kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kebenaran rentas negeri ke Langkawi telah diperolei dari Balai Polis berdekatan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Diharap kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan,” katanya lagi.

“Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan,” katanya yang turut berkongsi penjelasan itu di Instagram (IG) Chatime Malaysia.

Kenyataan tersebut dipercayai susulan daripada tular berita berkenaan usahawan tersebut bersama suaminya yang dikatakan merentas negeri ke Langkawi untuk berbulan madu.

Sementara itu, Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga individu lain untuk bergerak ke Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu.

Berdasarkan permohonan wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas di sini, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit bersama dua individu lain adalah atas urusan kerja bersama Chatime Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata mengikut permohonan itu, mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac lalu hingga 4 April ini.

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz berlansung pada Sabtu lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga mencetuskan kontroversi apabila tular foto tetamu yang hadir tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Berikutan itu, pengurus majlis perkahwinan tersebut tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan.

Turut memberi keterangan adalah pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin.

Kenyatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut mengesahkan Neelofa dan PU Haris akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/28/tak-patuh-sop-polis-siasat-majlis-nikah-neelofa-pu-riz/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here