Undi18 : Anak muda sudah matang dan bersedia – Dr Maszlee

0
1

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik percaya anak muda kini sudah matang dan bersedia untuk mengundi bagi menentukan masa depan negara.

Dr Maszlee berkata, sebagai Ahli Parlimen, beliau telah melaksanakan tanggungjawab dengan mengundi untuk kelulusan akta tersebut di Dewan Rakyat.

“Ketika saya menjawat jawatan menteri KPM pula, kami telah mempersiapkan anak-anak sekolah dengan silibus pendidikan sivik dan kerjasama dengan akademi SPR.

“Di peringkat IPT, pindaan AUKU, penubuhan Student Union dan penganjuran PRK dikendalikan sepenuhnya oleh siswa juga sebahagian dari proses pendidikan demokrasi untuk mematangkan anak-anak muda watan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut menghadiri perhimpunan anjuran anak-anak muda itu di hadapan parlimen yang menuntut pelaksanaan Undi18 semalam termasuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, kini giliran anak-anak muda pula untuk menuntut perlaksanaan hak mereka.

“Saya yakin anak-anak muda kita bukan sekadar sudah matang tetapi juga telah bersedia untuk bersama mencorakkan pelbagai masa depan nusa,” katanya.

Semalam, media melaporkan, perhimpunan anak muda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi menuntut kerajaan melaksanakan Undi18.

Jurucakap himpunan, itu berkata, mereka berada selama 18 minit sebagai sinonim dengan Undi18 sambil melaungkan ‘tamat darurat’’ dan ‘buka parlimen’. – Malaysiapost

Artikel berkaitan

https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/anak-muda-ngo-berhimpun-tuntut-kerajaan-laksana-undi18/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here