Umno tidak mampu bergerak sendiri dalam PRU15

0
1

UMNO tidak mampu bergerak sendiri sebaliknya memerlukan kerjasama politik dengan parti lain untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu disuarakan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Norshida Ibrahim yang berpendapat Umno akan melalui jalan sukar sekiranya keputusan itu dilaksanakan.

Beliau berkata, naratifnya Umno tidak boleh bergerak sendiri dan perlukan kerjasama sebagi sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Semasa pengulunggan ucapan Presiden Umno, perwakilan dan akar umbi sedia maklum ‘NO PPBM, NO ANWAR dan NO DAP’.

“Presiden menyatakan bahawa keputusan untuk bergerak sendiri itu bukan menandakan Umno angkuh. (Namun) mampukah Umno itu bergerak sendiri?,” soalnya.

Beliau berkata, Umno perlu merenung kembali kembali sejarah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti dengan tiada satu parti pun mampu untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Oleh itu, parti politik yang ingin memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan perlu melakukan kerjasama politik antara parti.

“Istilah kerjasama politik merujuk kepada sebarang kerjasama membabitkan dua parti politik atau lebih untuk mencapai pelbagai matlamat,” katanya.

Beliau berkata, perpecahan dalaman Umno akan menghalang pembentukan gabungan kerjasama politik yang boleh menang, sekali gus merugikan semua akar umbi parti itu sendiri.

“Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara tanpa pilihan raya. Peralihan kuasa hasil kerjasama politik antara beberapa parti itu membabitkan Bersatu, PAS dan dua parti politik tempatan di Sabah, iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Sebelum itu, wujud kerjasama politik, iaitu Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS demi kepentingan Melayu/Islam dan survival golongan majoriti di negara ini.

“Bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara tidak membabitkan polisi utama parti masing-masing adalah penting dalam kerjasama politik. Komunikasi baik perlu dicapai menerusi perundingan sebelum sesuatu kerjasama dipersetujui,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama sangat penting untuk mendengar pendapat dari rakan pakatan kerana dengan pendapat tersebut ia dapat memperbaiki atau menambah apa yang kurang.

“Penting bagi kita untuk mendengarkan pendapat orang lain kerana itulah gunanya kerjasama, iaitu saling bertukar pikiran antara patner atau rakan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, BN memutuskan untuk bertanding secara bersendirian dalam PRU15.

Ahmad Zahid berkata, Umno – yang mengetuai BN – perlu menang paling banyak kerusi untuk kembali menjadi parti dominan dalam kerajaan gabungan selepas itu.

“BN telah memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian. Biar saya jelaskan, once and for all, untuk Umno menjadi dominan semula selepas PRU15, pertamanya kita mesti menang kerusi terbanyak.

“Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here