Azrinaz dapat ‘baby girl’ lagi

0
1

BEKAS personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan anak perempuan kedua hasil perkongsian hidup dengan Fairos Khan Abdul Hamid, kelmarin.

Bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada jam 1.15 tengah hari di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

“Areesya Malaykha sudah ada adik. Lengkap dan bertambah lagi ahli keluarga kecil kami.

“Proses kelahiran lancar dan saya melahirkan bayi ini secara normal… Syukur tiada komplikasi,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengenai nama anak, Azrinaz berkata, dia dan suami akan mengumumkannya selepas bayi berusia seminggu.

“Pastinya nama pangkal anak kami ini bermula dengan abjad ‘A’ seperti kakaknya,” katanya yang berkongsi berita kelahiran anaknya itu di Instagram (IG), semalam.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/azrinaz-bakal-timang-anak-lagi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here