Umno akan pecat Shahidan, Dira?

0
1

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang membuat pertemuan tergempar malam tadi, dikhabarkan bakal memutuskan beberapa perkara penting.

Pertemuan sehari selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 membuka tirai persidangan semalam, sudah pasti mencetuskan pelbagai spekulasi menghangat persidangan terbabit.

Malah, lewat tengah malam tadi, MKT Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, selama enam tahun berkuatkuasa semalam.

Selain itu memetik laporan Suara.TV, MKT juga dikhabarkan bakal membuat keputusan terhadap dua pemimpin Umno iaitu, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Isu hangat lain yang dibincangkan MKT malam tadi termasuk desakan perwakilan supaya Umno keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, akan ada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri bakal mengusulkan supaya parti itu keluar dari PN serta-merta dalam PAU, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here