Penyatuan Ummah bukan hak ekslusif PAS, Umno

0
1

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ir Khairul Nizam Khirudin menyifatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 merupakan tempat penyatuan ummah tidak mengira parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menerima kepimpinan Islam.

Khairul berkata, beliau hadir di PAU semalam sebagai tetamu dan melihat sendiri suasananya yang tenang dan berjalan lancar.

Sehubungan itu, katanya, beliau memetik satu surah berkenaan dengan silaturahim selepas menyaksikan kehormanian hubungan semua pihak tersebut.

“Balik dari PAU tadi jumpa ayat ini. Allah. Sejuk hati walau cuaca hari ini agak panas.

“Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang-orang yang berakal (ulul Albab) saja yang dapat mengambil pelajaran.”

“Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak mencabuli perjanjian, Surah Ar-Ra’d, ayat 19-20,” katanya menerusi Facebook.

Beliau menerangkan ayat tersebut dengan merujuk kata-kata Ibnu Kathir mengenai ayat berkenaan.

“Iaitu mereka ini tidak sama dengan orang-orang munafik yang apabila seseorang dari mereka mengadakan perjanjian, maka mencabulinya, apabila bersengketa, mereka curangi, apabila berbicara, mereka berdusta dan apabila dipercayai, mereka khianat.

“Kemudian disambung lagi dengan ayat yang ke 21.

“Dan mereka yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (menjaga silaturrahim), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk,” katanya.

Justeru, beliau yakin, penyatuan Ummah ini bukan hak ekslusif PAS dan Umno sahaja.

“Ia mestilah melibatkan semua pihak, termasuk semua jenis parti politik lain, NGO-NGO, NGI yang menerima kepimpinan Islam,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here