Letak jawatan kabinet: Itu hanya pandangan peribadi Ku Li

0
1

GESAAN meminta ahli Umno yang memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menarik diri hanya pandangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah, kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menteri Belia dan Sukan itu, berkata keputusan parti yang dizahirkan adalah kebersamaan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ada dalam kerajaan sehinggalah pembubaran Parlimen.

“Saya jarang berikan pandangan peribadi bila mana parti sudah memberikan pandangan sebab saya tak mahu dilihat memberi pandangan yang boleh membawa kepada berlakunya perpecahan,” katanya ketika ditemui media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 hari ini.

Reezal berkata, walaupun mempunyai pandangan peribadi, beliau hanya akan mengutarakan perkara berbangkit dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Terdahulu, Tengku Razaleigh yang merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno menggesa agar semua ahli Umno yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri mulai hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, ia susulan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here