Reaksi pemimpin, perwakilan Umno terhadap PAU2020

0
1

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

PAU merupakan perhimpunan penting buat Umno dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ia termasuklah bagi mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti iaitu untuk tidak lagi bekerjasama Bersatu dalam PRU15.

Berikutan adalah beberapa petikan pimpinan Umno dan perwakilan berkenaan sokongan mereka terhadap parti dan PAU2020.

“Kita harus tampil menawarkan pilihan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya mahu kembali menjadi sebuah parti induk.

“Pemuda Umno khususnya di Bahagian Titiwangsa konsisten bekerja keras untuk menarik sokongan golongan muda, namun kita harus ada tawaran yang menarik buat mereka.

“Kita tidak boleh lagi sekadar menjual sejarah. Bagi golongan muda, tawaran masa depan lebih penting daripada nostalgia untuk kenangan.”

(Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin)

“Tepat dan menarik cadangan Tok Mad ini. Ia sesuai dengan matlamat ‘darurat’ dan ‘penggantungan parlimen’ iaitu ‘kurangkan politiking’.

“Malangnya rentas daerah, rentas negeri dan rentas sempadan sahaja dihalang ketat. Tetapi rentas politik dibuka seluasnya sehingga memudaratkan krisis politik negara.

“Inilah double standard mereka. Hentikan perbuatan melelong ahli parlimen. Timbalan Presiden tanpa berselindung mahu Umno dikembalikan memerintah negara.

“Pada beliau Kerajaan PN gagal membuktikan kecekapan mentadbir negara. Walaupun UMNO di dalamnya tetapi Umno dipinggir.”

(Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi)

“Bagi saya, saya kekal berpendirian Umno perlu memimpin penyatuan dan kesatuan orang Melayu dan parti parti Melayu. Umno perlu terus bersikap terbuka dan bijaksana berunding sehingga saat akhir.

“Umno yang kini menjadi kerajaan,perlu menyertai PRU sebagai kerajaan dan muncul menang menjadi sebahagian dari kerajaan.

“Umno perlu konsisten menolak PH,khususnya Anwar dan DAP. Umno perlu terus fokus kepada agenda bela rakyat khususnya kepentingan orang Melayu dan Islam.

(Ketua Umno, Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa)

“Selamat Bersidang rakan-rakan ku sempena Perhimpunan Agung Umno, semoga PAU menzahirkan kemantapan sejati Penyatuan Ummah yg dibina atas pengorbanan dan airmata. Ayuh teman kita bina Penyatuan Negara Bangsa, kita tolak perpecahan celaka durjana.”

(Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here