Jangan tergesa-gesa bincang isu kerjasama Umno, Bersatu – Shahidan

0
1

PENGERUSI Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan Umno supaya tidak tergesa-gesa untuk berbincang isu kerjasama dengan Bersatu.

Shahidan berkata, isu itu timbul selepas Umno membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, adalah tidak wajar untuk membincangkan mengenai hubungan kerjasama berkenaan memandangkan PRU15 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi.

“Keputusan untuk tidak bersama parti lain hanya akan berlaku semasa pilihan raya nanti, dalam masa sekurang-kurangnya setahun lagi, mengapa perlu dibincangkan sekarang.

“Fokus kita kini sepatutnya kena bekerjasama, kerana kerajaan yang ada sekarang adalah diperintah Perikatan Nasional (PN) di mana Umno adalah majoriti dalam kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas Majlis Perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang disempurnakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan di PWTC hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengulangi pendirian bahawa Umno Perlis tetap akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum nanti walaupun pucuk pimpinan membuat keputusan sebaliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here