PAU2020: Hanya orang Zahid sahaja boleh bahas – Annuar Musa

0
1

BEKAS Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa senarai pembahas pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 sudah ditentukan presiden parti itu.

Beliau juga menyifatkan PAU2020 adalah perhimpunan ‘paling tersusun’ dan paling pendek dengan setiap perwakilan hanya dapat mendengar di bahagian masing-masing.

“Jurucakap yang dipilih semua sudah dibatalkan.Sudah digantikan.Hanya orang yang di lantik presiden boleh bercakap.

“Usul MKT (untuk meluluskan ucapan dasar Presiden) hanya boleh di bahas ahli MKT sahaja. Matlamatnya adalah untuk endorse semua senada dan MKT luluskan ‘keputusan MKT’.Tidak boleh tidak,” luahnya di Facebook.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, keadaan itu sekali gus memperlihatkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lebih tinggi daripada persidangan berkenaan.

“Walau perlembagaan parti menyatakan sebaliknya.. percubaan bercakap lain dari MKT dikira melanggar disiplin.

“Tentera maya dan bloggers tertentu pulak berkerja kuat melontarkan pelbagai neratif rekaan untuk memburuk burukkan sesiapa saja yang dijangka berbeza pendapat,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, Umno mula menyemai politik kebencian yang disifatkan sebagai ‘trademark’ parti itu ketika ini.

“Pemimpin dan MKT sendiri termasuk naib presiden kanan DSIS,HISHAMUDDIN, DSSK,DR NORAINI dan ramai lagi terus di jadikan mangsa ‘team pwtc’.

“Walhal ini lah PAU paling selamat.Keputusan semua sudah set. Sepatutnya tak perlulah sampai mereka reka cerita untuk menanam benci sesama sendiri.Namun politik benci sudah mula mencari trademark baru bagi parti,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, beliau tetap berpendirian Umno perlu memimpin penyatuan dan kesatuan orang Melayu.

Katanya, Umno perlu terus bersikap terbuka dan bijaksana berunding sehingga ke saat akhir.

“Umno kini menjadi kerajaan, perlu menyertai PRU sebagai kerajaan dan muncul menang menjadi sebahagian dari kerajaan. Selain itu, Umno juga perlu konsisten menolak Pakatan Harapan (PH) khususnya Anwar dan DAP,” katanya.

Annuar berkata, Umno juga perlu terus fokus kepada agenda membela rakyat khusunya kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Umno perlu mengelak menjadi parti yang semakin berpecah, kerana ini akan menghancurkan Umno. Malah, parti ini mesti terus memperagakan nilai kepimpinan yang berkualiti nasional dan internasional serta diyakini menakhodai negara,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Umno bakal terpinggir dan kebangkitan semua parti itu akan menemui jalan sukar sekiranya tersalah pimpinan dan formula untuk menang.

“Malah, keadaan ini menyebabkan Umno bakal tenggelam dari arus perdana politik negara. Justeru, terserahlah pada PAU 2020 menentukannya. Atau sebenarnya sudah ditentukannya.. terima sahaja,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/reaksi-pemimpin-perwakilan-umno-terhadap-pau2020/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here