Banduan kes dadah lolos penjara diburu

0
1

POLIS memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu pagi tadi.

Suspek adalah Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata polis menerima panggilan daripada pihak penjara berhubung kejadian itu pada jam 10.13 pagi.

“Suspek adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

“Dalam masa sama, suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Abdul Rahim berkata, suspek disedari melarikan diri ketika proses pembuangan sampah dan dia dipercayai memanjat pagar di menara penjara.

“Polis dengan bantuan semua bahagian termasuk pihak penjara sedang menjalankan operasi mencari suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada polis atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here