Anak muda, NGO berhimpun tuntut kerajaan laksana Undi18

0
1

SEKUMPULAN anak muda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi menuntut kerajaan melaksanakan Undi18.

Jurucakap himpunan, itu berkata mereka berada selama 18 minit sebagai sinonim dengan Undi18 sambil melaungkan ‘tamat darurat’’ dan ‘buka parlimen’.

Katanya, himpunan tersebut diadakan di hadapan bangunan parlimen berikutan parlimen yang meluluskan tetapi masih tidak melaksanakannya.

Semalam, PAS bersetuju dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan mengundi pada usia 18 tahun (Undi 18) yang dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata undi bukan hanya bergantung kepada usia semata-mata, sebaliknya kematangan rakyat untuk memilih kerajaan juga penting.

“Undi ini bergantung kepada kematangan, jangan undi usia 18 tahun saja, mesti ada kematangan dan kita tidak boleh terpengaruh dengan Barat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, dilaporkan berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/undi-18-hakikatnya-kerajaan-pn-yang-tak-matang-isham-jalil/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here