Muhyiddin perlu jalani ‘ujian’, buktikan ‘laku’ jadi PM – Ku Li

0
1

Muhammad Apendy Issahak

“SAYA rasa salah kalau kita tandatangan perakuan bersumpah (SD) sebab Yang di-Pertuan Agong bukan mengharap kita menandatanganinya,” kata Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaliegh Hamzah.

Beliau menjelaskan mengenai tindakannya tidak menandatangani SD bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih setahun lalu.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri berdasarkan kepada pandangan baginda seseorang itu mempunyai sokongan di Dewan Rakyat.

“Tetapi jika pilihan itu tidak tepat, Baginda boleh uji pilihannya itu dalam Dewan Rakyat

“Kalau dapat sokongan maka boleh kekal, tetapi kalau dia (Perdana Menteri) dikalahkan dalam pengundian maka Yang di-Pertuan Agong ada kuasa melantik Perdana Menteri baharu, itu tidak menjadi masalah dan tidak perlu kepda SD.

“SD ini boleh jadi dipaksa, diugut, diancam dan sebagainya untuk menandatanganinya, namun yang dikehendaki Parlimen ialah kita mengundi itu dari segi Perlembagaan,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost malam ini.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Ku Li berkata, tindakannya tidak menandatangani SD bukan bermaksud menolak Muhyiddin kerana tidak suka atau sebab peribadi, namun berpegang kepada Perlembagaan.

“Kalau dia (Muhyiddin) ‘laku’ dan dapat sokongan sebagaimana yang didakwa, dia boleh hadapinya di Dewan Rakyat untuk kita undi.

“Kalau dia lulus ‘ujian’ itu dan dapat sokongan lebih daripada 112 teruskan saya tiada halangan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here