PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang kini dalam misi bantuan kemanusiaan ke Afrika Selatan, membina 16 rumah untuk 16 keluarga masyarakat Zulu.
Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya memberitahu beliau berbuat demikian selepas sebak melihat ujian menimpa mereka apabila pondok dan rumah kecil masing-masing terbakar baru-baru ini.
“Mereka tidur atas tanah. Hidup sebahagian mereka di sini terlalu susah. Sedih rasa. Terus beli semua keperluan binaan seperti pintu, tingkap, zink dan lain-lain.
“Mereka terkejut masa saya kata saya akan tolong mereka bina 16 rumah ini semula. Mereka terlalu gembira.
“Tak sangka di kala kita tidur lena ada orang bawa anak tidur tepi jalan atas tanah. Mereka ramai-ramai tepuk tangan dan tak berhenti cakap god bless you brother. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.
Kelmarin, Ebit berkongsi keadaan rakyat Afrika Selatan terutama di kawasan pedalaman yang daif dengan rumah kebanyakannya hanya saiz sebesar tandas.
Malah katanya, di kawasan luar bandar ramai yang tinggal dalam rumah zink kotak dan tiada bekalan elektrik serta air. – Malaysiapost

