Lot niaga di tapak kebakaran Pasar Datuk Keramat akan didirikan segera

0
1

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mendirikan khemah besar dan lot niaga di tapak niaga Pasar Datuk Keramat di ibu negara yang terbakar baru-baru ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata pembinaan khemah serta lot niaga tersebut akan dilakukan serta-merta sebaik tapak kebakaran dibersihkan.

Beliau berkata, projek pembinaan pasar baharu akan dimulakan selepas Aidilfitri bagi memberi peluang kepada peniaga untuk berniaga ketika Ramadan terlebih dahulu.

“Hari ini saya buat pertemuan bersama peniaga.. setuju tapak dibersihkan serta-merta lusa dengan khemah besar dan lot 10×10 didirikan untuk berniaga sepanjang Ramadan.
“Lepas raya, pasar baru dibina (menggantikan tapak pasar asal yang terbakar),” katanya semalam.

Pada 17 Mac lalu, kebakaran memusnahkan lebih 40 gerai di dalam kawasan pasar tersebut, namun tiada mangsa dilaporkan cedera atau melibatkan kehilangan nyawa.

Difahamkan, majoriti peniaga di kawasan Pasar Datuk Keramat adalah dalam kalangan Bumiputera yang menjual barang basah, makanan, pakaian dan perkakas rumah.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila video menunjukkan orang ramai berusaha memadam kebakaran besar yang memusnahkan deretan gerai beratap zink itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here